Bebaskan SPRM dari pengaruh politik - Utusan Malaysia

Bebaskan SPRM dari pengaruh politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PEPATAH Melayu ada menyebut, harapkan pegar, pegar makan padi.

Apabila mengaitkan sebuah rumah yang ada pencuri, maka rumah itu perlu diselamatkan.

Atau dalam kata lain, harapan yang diletakkan pada bahu seseorang tetapi akhirnya orang itu pula yang merosakkannya.

Mungkin inilah gambaran awal merujuk kepada satu kes berprofil tinggi membabitkan beberapa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada masa sama, isu tersebut juga hangat diperdebatkan dalam sidang Dewan Rakyat.

Terdahulu, kes yang dilaporkan hanya melibatkan pertukaran wang palsu telah berubah disabitkan kesalahan memiliki senjata api dan dadah.

Rasuah adalah ibu bagi segala kegiatan jenayah. Oleh itu, syor wakil rakyat di Parlimen baru-baru ini dianggap wajar dan tepat pada masanya.

Cadangan mereka adalah supaya badan yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal penguatkuasaan undang-undang berkaitan kesalahan rasuah bebas daripada anasir atau pengaruh orang politik.

Ini kerana tidak sepatutnya badan yang bertanggungjawab membimbing dan menjadi jurupandu kepada sebuah jabatan atau agensi kerajaan serta badan berkanun boleh berkelakuan sedemikian.

TOK WALI SONGE, Bayan Mutiara, Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya