Universiti perlu dalam mod berjaga-jaga - Utusan Malaysia

Universiti perlu dalam mod berjaga-jaga

PIHAK universiti perlu ada perancangan dan sentiasa bersiap siaga dalam menguruskan pelbagai risiko dan bencana sebelum pelajar kembali ke kampus untuk menyambung pengajian.- UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UNIVERSITI awam perlu sentiasa bersiap siaga untuk mengurus risiko dan bencana yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ini bermakna pengetua dan felow kolej kediaman perlu berada dalam mod berjaga-jaga dan bekerja secara lebih masa terutama untuk memutuskan rantaian penularan kes positif Covid-19.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mazlan Yusof yang mahu universiti bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pelajar di kolej kediaman sentiasa terpelihara.

Ini bermakna mereka perlu sentiasa berfikir di luar kotak untuk bersedia menghadapi segala bentuk mehnah dan musibah agar tidak menyesal di kemudian hari.

Seminar Antarabangsa tentang Pembangunan dan Perumahan Pelajar (ISHAD) 2021 yang diadakan baru-baru ini mampu menyediakan cadangan penambahbaikan terhadap garis panduan
yang bakal dikeluarkan kepada pelajar apabila mereka kembali ke kolej kediaman nanti.

Garis panduan itu sudah pasti akan memenuhi kehendak semasa dalam mengadaptasi norma baharu sekali gus menjadi satu persediaan agar sentiasa bersiap siaga menghadapi segala bentuk
kemungkinan melalui Mesyuarat Majlis Perumahan Universiti-Universiti Awam Malaysia (Mapum) yang telah diwujudkan sekian lama di bawah Sekretariat Timbalan-Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.

Program yang dianjurkan dalam norma baharu ini juga perlulah dibuat secara kreatif dan inovatif supaya mereka boleh meluangkan banyak masa bersama peranti untuk mengikuti syarahan pembelajaran serta aktiviti menerusi media sosial dan sebagainya

SAMSUDIN OLI MOHAMED, Sintok, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya