Tidak wajar ada kasta solat Jumaat - Utusan Malaysia

Tidak wajar ada kasta solat Jumaat

MENJADI tanggungjawab kerajaan dan Jabatan Mufti menerangkan secara terperinci mengenai prosedur operasi standard (SOP) solat Jumaat bagi mengelak kekeliruan dan salah faham. UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA  hemat saya, selaku imam yang berjawatan profesional, tidak wajar sama sekali mengeruhkan lagi keadaan apabila masyarakat awam mula mempertikaikan pihak pengurusan Masjid Putra di Putrajaya  baru-baru ini kerana mengamalkan sistem kasta atau dua darjat.

Perkara ini terjadi disebabkan kesan pandemik Covid-19 yang  mengubah hampir separuh kehidupan manusia. Program vaksinasi juga dianggap telah berjaya dan kita yakin ramai masyarakat Islam  sudah melengkapkan suntikan vaksin.

Perintah Kawalan Pergerakan  3.0 (PKP 3.0) sudah memasuki hampir enam bulan, namun prosedur operasi standard (SOP) di masjid untuk solat Jumaat masih lagi  menerima banyak rungutan serta menimbulkan rasa tidak puas hati berhubung cara layanan dan pendekatan ahli jawatan kuasa  (AJK) masjid yang mengamalkan pilih kasih atau perbezaan kasta, malah dikatakan ada bertindak kasar selain jemaah dihalau dengan kata-kata kesat.

Masyarakat Islam amat berharap kerajaan dan Jabatan Mufti peka dengan perubahan SOP dikeluarkan oleh kerajaan Pusat dan mengambil tindakan yang wajar dan pantas. Tidak perlu tunggu diketuk dahulu, barulah hendak bertindak.

Tindakan segera daripada pihak terlibat dapat mengelakkan salah faham masyarakat Islam terhadap pelaksanaan solat Jumaat di musim pandemik yang akan menuju endemik.

TOK WALI SONGE, Bayan Mutiara, Pulau Pinang

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya