SAUDARA PENGARANG,
KAMI amat tidak bersetuju dengan pendapat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 6 September lalu berkaitan isu usul undi percaya terhadap pelantikan Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Kami melihat Anwar begitu ghairah menjatuhkan hukum apabila mengatakan ‘dua kali Peguam Negara derhaka terhadap Seri Paduka.’ Baiklah, kami akan berhujah dengan dua alasan substantif mengapa mempertikaikan kenyataan tersebut.
Pertama, hakikat ketidakstabilan politik di Malaysia adalah disebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diibaratkan seperti cakap tak serupa bikin. Keduanya, PH gagal melaksanakan mandat rakyat yang mengharapkan agar tindakan melompat parti dalam kalangan ahli Parlimen dibendung.
Berdasarkan hakikat itu, akta lompat parti dengan pindaan perlembagaan tidak dilaksanakan. Maka, blok pembangkang dan pihak ketiga tidak mempunyai apa-apa hak bagi meminta Ismail Sabri patuh pada permintaan mereka.
AKAR UMBI AHLI UMNO, Kuala Lumpur