Tahniah atas kejayaan 80 peratus populasi dewasa yang lengkap di vaksin - Utusan Malaysia

Tahniah atas kejayaan 80 peratus populasi dewasa yang lengkap di vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERTAMA sekali tahniah kepada kerajaan atas kejayaan mencapai 80 peratus populasi dewasa yang lengkap di vaksin di negara ini menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Lakaran kejayaan itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan Twitter miliknya yang kemudian dibalas oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang berkongsi perkara sama dan memberitahu sasaran tersebut dicapai pada pukul 1 tengah hari, 21 September lalu. 

Hampir lapan bulan pelaksanaan PICK, saya yakin kejayaan ini membuka mata rakyat tentang kepentingan vaksin dan mencapai imuniti kelompok bagi membolehkan kehidupan dapat dijalankan seperti biasa.

Pun begitu, selepas kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga, timbul pula kata-kata kurang enak mengatakan vaksin yang diterima sebelum ini tidak mampu melawan virus Covid-19 sehingga memerlukan dos penggalak.

Malah, sudah mula kedengaran dos ketiga hanya akan diberikan kepada penerima vaksin Pfizer dan Sinovac yang dikatakan perlindungan vaksin menurun selepas suatu tempoh dan tidak mampu melawan virus terbaharu yang menyebabkan beberapa pihak tidak berpuas hati.

Namun, bagi saya, kerajaan telah melakukan yang terbaik. Ketika kerajaan bersetuju memilih tiga jenis vaksin yang digunakan dalam program PICK, ia  merupakan pilihan terbaik. Siapa sangka akan ada varian baharu yang lebih bahaya.

Justeru, sebagai rakyat kita wajar memberi sokongan dan memilih untuk menjadi yang terbaik dalam usaha menangani pandemik ini.

UMAR MANSOR, Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya