Syukur, Langkawi kembali dibuka - Utusan Malaysia

Syukur, Langkawi kembali dibuka

PULAU Langkawi akan dibuka kepada pelancong bermula 16 September ini sempena cuti Hari Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERUJUK kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berkaitan keputusan kerajaan menghidupkan kembali sektor pelancongan di Pulau Langkawi, ia disambut dengan seribu kesyukuran.

Sambutan sedemikian diberi oleh para penggiat industri pelancongan khususnya dan penduduk Pulau Langkawi amnya serta rakyat Malaysia yang berminat untuk melancong.

Mereka bersyukur kerana kerajaan membuka kembali destinasi pelancongan di pulau berkenaan untuk dikunjungi bermula 16 September ini.

Di samping itu, penggiat industri pelancongan dan pelancong seharusnya juga insaf betapa perlunya semua pihak memberi kerjasama untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang ancaman Covid-19.

Sebagai anak jati Perlis, saya turut berasa gembira dengan harapan sedikit sebanyak tempiasnya akan masuk ke negeri ini.

Namun, saya tidak dapat lari daripada perasaan bimbang kerana apabila destinasi pelancongan di Pulau Langkawi dibuka kembali, ramai pelancong akan menggunakan jeti Jabatan Laut Kuala Perlis sebagai laluan mereka ke pulau tersebut.

Perkara ini pernah berlaku tidak lama dahulu apabila pelancong berpusu-pusu di jeti berkenaan semasa hendak menaiki feri menyebabkan tidak ada lagi amalan penjarakan fizikal.

Inilah yang ditakuti kerana kita tidak mahu harapan limpahan wang dan ekonomi mengalir ke Perlis hasil pembukaan semula sektor pelancongan di Pulau Langkawi, tetapi sebaliknya kes limpahan Covid-19 pula yang bertambah.

RAMLI ISMAIL, Kangar, Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya