Sinovac berkesan lawan Delta? - Utusan Malaysia

Sinovac berkesan lawan Delta?

KAJIAN di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Guangzhou, Zhong Nanshan menunjukkan keperluan untuk mempertingkatkan vaksinasi terhadap golongan wanita dan warga emas dalam program vaksinasi secara berterusan.-UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SATU kajian penyelidikan yang dilakukan bagi mengkaji dua dos vaksin Covid-19 untuk Sindrom Pernafasan Akut Teruk Koronavirus 2 (SARs-CoV-2) di Guangzhou, China baru-baru ini terbukti berkesan terhadap varian Delta yang boleh mengancam nyawa di seluruh dunia.

Pakar epidemiologi di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Guangzhou, Zhong Nanshan mendapati dua dos vaksin mencapai 59 peratus e kasi (6 daripada 10 pesakit) menentang varian Delta, 70.2 peratus efikasi (7 daripada 10 pesakit) dalam  kategori penyakit respiratori sederhana dan 100 peratus efikasi terhadap kes teruk.

Ini bermakna vaksin lebih berkesan terhadap Covid-19 pada tahap sederhana berbanding ringan. Hasil kajian juga didapati melebihi nilai ambang efikasi 50 peratus sepertimana ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi mana-mana vaksin.

Kajian dilakukan terhadap 628 peserta meliputi 153 pesakit varian Delta dan 475 kontak rapat kes di bandar tersebut berusia 18 hingga 59 tahun. 10 pesakit adalah tahap kritikal, enam bergejala teruk, 105 bergejala sederhana manakala 32 lagi bergejala ringan.

Kajian menggunakan vaksin CoronaVac keluaran Sinovac Biotech Ltd. dan SARSCoV-2 keluaran China National Biotec Group. Keberkesanan vaksin ditentukan menerusi reka bentuk kajian kawalan kes (ujian negatif). Ia juga diguna pakai dalam program vaksinasi secara besar-besaran di China.

Tahap jangkitan ditentukan berdasarkan pemerhatian terhadap pesakit. Pesakit yang tidak mempunyai simptom luaran diklasifikasikan sebagai tanpa gejala. Bagi pesakit yang mengalami gejala pernafasan seperti demam dan mempamerkan simptom menyerupai pneumonia pula dikategorikan sebagai sederhana.

Pesakit dengan indeks oksigenasi <300mmHg, ketepuan oksigen pada waktu rehat <93 peratus dan kadar pernafasan >30/min pula dikategorikan sebagai teruk. Bagi pesakit yang mengalami kegagalan pernafasan dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal, kejutan atau kegagalan organ lain serta perlu menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) diklasifikasikan sebagai kritikal.

Kajian mendedahkan pesakit dengan suntikan sekurang-kurangnya satu dos menunjukkan tahap perlindungan sebanyak 13.8 peratus. Kajian juga mendapati kesemua 16 kes kritikal dan teruk masih belum menerima vaksin SARS-CoV-2.

Saintis menemukan keberkesanan vaksin lebih tinggi terhadap golongan wanita dan dalam lingkungan usia 40 hingga 59 tahun (dengan kadar keberkesanan 72.5 peratus) berbanding lelaki dan bagi mereka yang mempunyai jangkitan sederhana.

Ia menyaksikan keperluan individu mendapatkan perlindungan dua dos vaksin terlebih dahulu sebelum berlakunya gelombang wabak baharu.

DR. AJIT PAL SINGH RAINA, Pakar Vaksin Pharmaniaga Berhad

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya