Salahkan diri sendiri, bukan pensyarah - Utusan Malaysia

Salahkan diri sendiri, bukan pensyarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERASA begitu bangga ketika mendengar lagu-lagu patriotik dimainkan sempena Hari Kebangsaan.

Apatah lagi tatkala kita masih berdepan pandemik Covid-19 dengan keadaan sekeliling masih terbatas dan pelbagai sekatan pergerakan.

Pun begitu, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat patriotik rakyat untuk menyambut bulan kemerdekaan walaupun sambutan kali ini dalam norma baharu, biarlah.

Yang penting kita sambut dengan bersemangat! Sejak kebelakangan ini, sering kali dapat kita saksikan isu mahasiswa tertekan dengan bebanan kerja kursus atau tugasan yang berlambak.

Umum mengetahui terdapat segelintir warganet yang menyalahkan pensyarah sebagai punca masalah itu berlaku.

Kata-kata nista yang menghentam pensyarah juga dihamburkan. Saya yakin ramai pensyarah berasa terluka. Saya tidak berniat untuk mencari salah sesiapa.

Terdetik dalam hati, adakah benar mahasiswa begitu tertekan dengan lambakan tugasan atau mungkin tersilap percaturan mengurus masa dan tenaga?

Adakah sikap suka menyiapkan tugasan pada saat akhir sebenarnya yang menyebabkan mahasiswa berasa terbeban?

Sesungguhnya, pengurusan masa dan tenaga sangat perlu dititikberatkan supaya tekanan yang dirasai mahasiswa boleh dikawal selia dengan baik.

Tekanan jika dilihat dari sisi positif sebenarnya memainkan peranan penting untuk mendorong individu melaksanakan tugas yang diberikan. Apa pun jalan yang dipilih oleh individu terbabit, terpulang.

Sama ada untuk memanipulasikan tekanan supaya pelaksanaan tugasan mencapai tahap biasa-biasa sahaja atau luar daripada kebiasaan.

Timbal balik, kedua-dua pihak, pensyarah mahupun mahasiswa perlu bertolak ansur. Begitu banyak cerita dan coretan yang boleh membangkitkan semangat memerdekakan diri mahasiswa dari takuk lama.

NURUL ZAMRATUL ASYIKIN AHMAD dan ROSZI NASZARIAH NASNI NASERI, UiTM Melaka Kampus Alor Gajah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya