Sabar, prihatin, jadi asas dinamik negara merdeka - Utusan Malaysia

Sabar, prihatin, jadi asas dinamik negara merdeka

KHO diwujudkan bagi memastikan setiap produk Keluarga Malaysia memberi impak positif seperti yang diharapkan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Laungan keramat yang bergema memenuhi ruang Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 merupakan lambang jati diri rakyat Malaysia dalam mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan kepelbagaian etnik negara ini.

Sambutan Hari Kemerdekaan merupakan simbol yang mencerminkan hati nurani rakyat dalam menjalinkan semangat kerjasama, pembentukan jati diri dan semangat toleransi yang tinggi.

Tidak salah menoleh kepada sejarah untuk memperteguhkan asas pengukuhan tamadun dan peradaban. Sejarah mengajar bahawa memutuskan diri dari akar budaya sendiri dan menerima budaya asing secara total tidak dapat menjadikan sesuatu bangsa itu kuat dan maju.

Justeru, rakyat khususnya umat Melayu-Islam perlu sentiasa menonjolkan keperibadian kukuh dan berpijak kepada jati diri bangsa dan budaya Islam yang jitu dalam mengemudi negara.

Sehubungan itu, rakyat perlu kembali kepada akar budaya tradisi. Istilah budaya tidak terbatas kepada maksud seni dan hiburan semata-mata sebaliknya meliputi soal falsafah, pemikiran, ilmu, kesenian, artifak dan aspek-aspek cara hidup. Dengan kata lain, rakyat perlu memperbaharui komitmen, keyakinan dan peradaban melalui proses transformasi yang memberi jiwa dan citra baharu.

Justeru, perbezaan etnik, sosiobudaya, kepercayaan dan sebagainya merupakan elemen utama yang perlu dikenali dan difahami dalam usaha menjalinkan hubungan antara umat manusia. Jalinan interaksi ini amat penting dalam mewujudkan kesatuan kemanusiaan dan perpaduan sejagat.

Sikap kesabaran, prihatin serta toleransi yang ditunjukkan oleh setiap individu untuk bersama-sama berhadapan dengan saat sukar pandemik Covid-19 merupakan cerminan sebenar rakyat Malaysia dalam membina semula kekuatan ekonomi mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Janganlah ada pula dalam kalangan rakyat yang bersifat taasub, syak wasangka atau mementingkan diri. Sifat sebegini boleh meruntuhkan nilai kepercayaan terhadap keharmonian serta kesejahteraan yang dibina di atas pengorbanan generasi sebelumnya. Sebagai rakyat, kita sewajarnya bersaksi serta bersumpah untuk taat dan setia dan bersama-sama membangunkan
negara tercinta.

PROF. MADYA DR. KHADIJAH MOHD. KHAMBALI@HAMBALI, Jabatan Akidah & Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya