RMK-12 peluang terbaik perubahan radikal - Utusan Malaysia

RMK-12 peluang terbaik perubahan radikal

KADAR pengangguran menunjukkan tren penurunan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEPERTI sedia maklum, perlantikan Perdana Menteri kesembilan serta pembentukan Kabinet yang baharu serta penubuhan Majlis Penubuhan Negara (MPN) sudah pasti harapan yang tinggi diletakkan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Kita sedang berada di saat yang sangat penting untuk melakukan perubahan dan pembetulan ekonomi negara untuk dekad yang akan datang. Ia menjadi lebih menarik lagi ditambah dengan memorandum persafahaman yang belum pernah terjadi yang telah dimenterai demi menjamin kestabilan politik.

Walaupun ada laporan yang menyatakan bahawa negara akan pulih dengan pertumbuhan ekonomi yang positif, akan mengurangkan kesan pandemik pada ekonomi. Kesan pandemik ini hanya akan dapat diukur dan dianalisis melalui penelitian dalam laporan kekayaan isi rumah, pendapatan isi rumah, kadar pemilikan rumah, nisbah hutang isi rumah dan banyak perkara lagi pada suku pertama tahun hadapan.

Pada ketika ini kita menjangkakan, kelompok ekonomi bumiputera yang akan paling terkesan teruk kerana pandemik kerana mereka sememangnya berada dalam kumpulan terdedah pada keadaan ekonomi dan garis asas (baseline). Ekonomi mereka juga akan terus menurun. Ini sekali gus menidakkan keberhasilan atau sokongan yang diterima hasil daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan dasar sepertinya yang telah diperoleh sebelum ini. Semua ini dapat dilihat melalui statistik seperti berikut:

  • Kadar pengangguran meningkat kepada 4.8 peratus pada Jun 2021 yang melibatkan 768.700 orang, suku kedua 2021 dan kadar pengangguran pada Mei 2021 adalah sebanyak 4.5 peratus dengan 728.100 penganggur.
  • Bilangan siswazah menganggur meningkat 22.5 peratus kepada 202,400 orang pada 2020 berbanding 165,200 pada tahun sebelumnya dengan 70 peratus daripadanya adalah dari graduan bumiputera.
  • Pada 2020 sehingga Julai 2021, sebanyak 155,893 orang kehilangan pekerjaan semasa wabak Covid-19 melibatkan sebanyak 5,959 majikan.
  • Pada 2020, jumlah penamatan perniagaan yang melibatkan sektor perdagangan jualan borong, jualan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal ialah sebanyak 10,487 perniagaan manakala sebanyak 5,050 perniagaan dalam sektor ini menamatkan perniagaan dalam tempoh 1 Januari 2021 hingga 31 Ogos 2021.
  • Keluarga dari kategori miskin tegar meningkat sebanyak 4,815 isi rumah pada 2021 berbanding 1,109 isi rumah pada 2021.
  • Keluarga dari kategori miskin juga meningkat daripada 2,200 pada 2020, kepada 5,617 pada tahun ini.
  • Bagi yang bekerja, sebanyak 88.5 peratus terdiri daripada golongan T20 hingga M40 dan 74.2 peratus golongan M40 hingga B40.
  • Untuk yang bekerja sendiri: 22.9 peratus kadar penurunan dari M40 hingga B40.
  • Pendapatan per kapita pada tahun 2014 untuk bumiputera hanya 21.7 peratus (RM16,066 setahun) berbanding dengan pendapatan bukan bumiputera (RM74,067 setahun).
  • Bumiputera hanya memiliki 26.1 peratus aset perumahan di Malaysia sementara bukan bumiputera memiliki 63.3 peratus walaupun populasi bumiputera tiga kali lebih besar daripada bukan bumiputera.
  • Ekuiti bumiputera menurun kepada 10 hingga 16 peratus dalam masa 3 tahun kebelakang
  • Malaysia mempunyai nisbah hutang terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi di ASEAN dan tempat kedua di Asia.
  • Sumbangan fiskal untuk rangsangan ekonomi akibat Covid-19 hanyalah sebanyak 5.2 peratus daripada KDNK yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan Thailand yang mempunyai kadar sebanyak 11.4 peratus dan Singapura 18.4 peratus.

Walaupun kita teruja dengan pelbagai perkembangan positif berkaitan isu politik negara, namum kes Covid-19 tetap dalam keadaan yang membimbangkan.

Persatuan dan kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) banyak meyuarakan isu ini di media arus perdana dan media sosial, malah disuarakan ke pihak kementerian yang bertanggungjawab berkenaan. Disebalik keprihatinan yang telah ditunjukan di media sosial oleh kebanyakan pemimpin, ia tidak dapat menafikan juga bahawa rangsangan atau bantuan ekonomi yang ada kurang berkesan serta tidak mencukupi (PSU,GKP,BPR) walaupun dana yang diberikan berjumlah ratusan billion, yang mana lebih dari RM100 billion di ambil dari dana Kumpulan Wang  Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium . Malah Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 yang diumumkan kerajaan baru-baru ini menunjukan kerajaan sedar dengan hal ini. Walau apa pun kita tidak boleh berputus asa dan mesti meneruskan kehidupan. Kita mesti meletakkan harapan dan terus berharap bahawa kerajaan mendapat sokongan daripada Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya diabsahkan di Parlimen dengan sepenuh kuasanya dapat menumpukan seluruh usaha dan tenaga pada tujuh fokus yang amat penting.

AHMAD YAZID OTHMAN, Felo Kanan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya