Raih pendapatan negara melalui denda - Utusan Malaysia

Raih pendapatan negara melalui denda

GOOGLE telah didenda kerana memonopoli pasaran Korea Selatan. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini, pihak yang menguatkuasakan undang-undang antimonopoli di Korea Selatan mendenda Google Alphabet Inc. (Google) sebanyak 207 bilion won (RM732.79 juta).

Tindakan itu dibuat setelah syarikat gergasi dari Amerika Syarikat (AS) tersebut didakwa menyalahgunakan kedudukan pasarannya untuk menyekat persaingan dalam pasaran sistem operasi (OS) mudah alih.

Suruhanjaya Perdagangan Adil Korea (KFTC) dilaporkan menyiasat Google kerana didakwa menghalang pembuat telefon pintar Korea Selatan untuk menyesuaikan sistem OS Androidnya.

Google telah menyekat persaingan pasaran dengan menghendaki pembuat telefon pintar mematuhi perjanjian antifragmentasi (AFA) melarang pemasangan versi Android yang diubah suai pada peranti mereka.

Amalan itu telah membantu Google mengukuhkan dominasi di pasaran OS mudah alih. Denda berkenaan adalah tindakan terbaharu dikenakan ke atas Google di Korea Selatan.

Awal bulan ini, Parlimen Korea Selatan meluluskan rang undang-undang melarang pengusaha kedai aplikasi utama seperti Google memaksa pembangun perisian menggunakan sistem pembayaran mereka yang bertujuan memonopoli pasaran.

Saya berharap apa yang berlaku di Korea Selatan dijadikan contoh oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk menyiasat kegiatan monopoli melibatkan syarikat gergasi asing di Malaysia.

Wang diperoleh daripada denda dikenakan terhadap syarikat gergasi asing yang mendapat keuntungan cukup besar ketika pandemik Covid-19 boleh digunakan untuk membangunkan negara.

Dalam pada itu, saya berharap kerajaan dapat mewujudkan akta baharu mirip Akta Perlindungan Privasi Dalam Talian Kanak-Kanak (COPPA) 1998 di AS.

Akta itu mensyaratkan semua kandungan kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke bawah di AS termasuk yang dimuat naik dalam YouTube tidak dibenarkan ada iklan.

Dengan adanya undang-undang sedemikian, kerajaan akan mempunyai lebih banyak alasan untuk mendenda syarikat gergasi asing.

SITI HAJAR, Kuala Kangsar, Perak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya