Prosedur tuntut sijil nikah masih kuno - Utusan Malaysia

Prosedur tuntut sijil nikah masih kuno

MASIH ramai pasangan yang sudah berkahwin, namun masih belum menuntut sijil atau kad nikah di pejabat agama daerah.- GAMBAR HIASAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA dan pasangan bernikah pada Disember tahun lalu. Namun, sehingga kini masih belum menerima sijil atau kad nikah sebagai perakuan yang mengatakan kami adalah pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam.

Isteri saya sudah menghubungi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri melalui laman sosialnya semasa beliau masih lagi memegang portfolio tersebut dan diberitahu Jabatan Agama Islam Hulu Langat di bawah kuasa naungan raja-raja bagi negeri-negeri. Bagi Jabatan Agama Islam Hulu Langat pula dibawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Apa yang saya lihat, proses atau prosedur yang memerlukan suami dan isteri ke pejabat agama adalah sesuatu yang tidak masuk akal sedangkan seseorang yang berkahwin sudah pastinya akan tinggal bersama. Jadi apa salahnya jika salah seorang sahaja yang ke Jabatan Agama untuk menuntut sijil perkahwinan?

Sudahlah pejabat tersebut tutup awal iaitu pukul 4 petang, agak sukar kami yang tinggal di Shah Alam untuk mengejar masa kerana terikat dengan tuntutan kerja di pejabat.

Dalam keadaan negara yang dilanda pandemik Covid-19, sepatutnya perkara ini dipermudahkan dan bukannya masih mengekalkan cara lama yang kuno. Jika setakat untuk menyemak butiran, saya pasti pasangan juga boleh melakukannya dengan baik atau dilakukan secara dalam talian dan hanya ke pejabat agama untuk mengambil sijil. Jadi, tidak perlu kedua-duanya hadir bersama.

Saya percaya sebenarnya masih ramai lagi yang tidak menuntut sijil dan kad nikah. Diharap pihak berwajib dapat membantu pasangan-pasangan yang masih lagi tidak mengambil sijil nikah sebelum dan sejak penularan Covid-19 di negara ini dengan memudahkan cara.

Jika masih terus mengekalkan cara yang lama, ia akan menyukarkan pasangan baru berkahwin, lebih-lebih lagi jika mereka tidak tinggal di kawasan yang mereka memohon kebenaran perkahwinan kerana perlu mengikut suami.

EPUL, Shah Alam

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya