Prof. Siddiq wajar diangkat Pendeta Murabbi Ummah - Utusan Malaysia

Prof. Siddiq wajar diangkat Pendeta Murabbi Ummah

SUMBANGAN Siddiq Fadzil dalam dakwah Islam wajar dianugerahkan Pendeta Murabbi Ummah Melayu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

HARIMAU mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Begitulah ungkapan paling tepat ditujukan pada Allahyarham Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang kembali ke rahmatullah pada 31 Ogos lalu.

Secara peribadi, saya amat mengagumi ketokohan dan ilmu beliau dalam falsafah pencerahan, pendidikan dan pembangunan ummah. Kerana itu, beliau wajar diangkat untuk dikurniakan anugerah Pendeta Murabbi Ummah atau diabadikan buat tatapan generasi akan datang.

Setiap tulisan mahupun syarahan beliau adalah bukti kesusasteraan Melayu tinggi dengan penggunaan bahasa yang menjadi wahana daripada pengucapan ilmu dan pemikiran.

Lontaran idea kritis serta amanah dengan ilmu dapat dilihat pada raut wajah yang terpancar melalui hasil karya diserikan lagi dengan lenggokan puitis yang pasti menggeletek khalayak. Uniknya, setiap karyanya sentiasa disulami mesej tersirat dan tersurat mengandungi elemen falsafah Melayu dan Islam.

Beliau merupakan figura hebat gerakan dakwah Islam dan ikon dakwah negara. Pidatonya bukan sahaja hebat malah amat menarik untuk dihayati. Malah, beliau juga dikenali oleh anak
didik dan pengikutnya sebagai murabbi ummah era abad ini yang selayaknya menggelarkan beliau sebagai Pendeta Murabbi Ummah.

Bersemadinya tokoh ilmuan melalui sumbangan kesarjanaan memperkasakan ummah benar-benar amat dirasai kehilangannya. Semoga dikurniakan syurga tempat kediaman abadinya. Al-fatihah.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya