Politik perlu berjiwa rakyat - Utusan Malaysia

Politik perlu berjiwa rakyat

SEGERA laksanakan Akta Anti Lompat Parti bagi memastikan sistem demokrasi negara terbela.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TERDAPAT ura-ura dan cadangan agar Akta Anti Lompat Parti digubal di Parlimen. Syor ini wajar dilakukan bagi mengelakkan tindakan ahli Dewan Rakyat melompat keluar daripada koalisi asal ke parti lawan tidak berulang. Kesan dan akibat tindakan melompat parti merencatkan mandat rakyat selain menjejaskan sistem demokrasi berperlembagaan.

Realitinya, politik pada hari ini dikuasai sepenuhnya oleh warlord atau politik naungan (political patronage) yang boleh dilihat apabila majoriti muka-muka lama di Dewan Rakyat. Ini kerana tiada muka baharu dicalonkan pada pilihan raya.

Masa depan politik negara akan bertambah baik sekiranya warlord berundur secara sukarela dan memberi laluan kepada barisan pelapis pimpinan muda sebagai calon pada pilihan raya nanti. 

Pada masa sama, mereformasikan semula institusi penting seperti Parlimen, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk Jabatan Peguam Negara agar fungsi serta peranannya tidak dipertikaikan oleh orang awam. 

Segala perubahan yang hendak dilakukan mungkin mengambil sedikit masa. Namun usaha perubahan dari politik warlord ke arah mengembalikan apa yang pernah diungkapkan oleh Abraham Lincoln mengenai demokrasi  iaitu Goverment of the people by the people and for the people perlu terlebih dahulu mendapat keyakinan dari rakyat.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Kepala Batas, Pulau Pinang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya