Peranan alumni buat generasi yang hilang - Utusan Malaysia

Peranan alumni buat generasi yang hilang

ALUMNI di sesebuah pusat pengajian tinggi atau sekolah mampu memberi sumbangan dalam kelangsungan sistem pendidikan negara ketika penularan Covid-19.- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH lebih empat bulan sesi persekolahan dijalankan secara pembelajaran dan pengajaran dari rumah (PdPR). Begitu juga institusi pengajian tinggi (IPT) yang terpaksa melaksanakan pembelajaran jarak jauh. Sudah mula timbul keresahan dalam kalangan ibu bapa, pelajar bahkan guru dan pensyarah tentang nasib yang bakal menimpa generasi pelajar hari ini.

Banyak kajian antarabangsa memberi takrifan tentang generasi pelajar semasa tempoh pandemik ini sebagai ‘generasi yang hilang.’ Hasil laporan Bank Dunia menunjukkan hampir 1.6 bilion pelajar di seluruh dunia terkesan dengan penutupan sekolah dan IPT yang menimbulkan kerisauan kualiti generasi yang bakal mewarisi negara.

Penglibatan alumni sesebuah institusi yang mempunyai keunikan dan pengalaman berbeza amat penting dalam menyokong serta memberi sumbangan secara sukarela bagi mengekalkan dan
memperkembangkan pembangunan pelajar.

Dalam situasi sebegini, alumni boleh memainkan peranan sebagai mentor kepada pelajar. Psikologi pelajar dapat dipulihkan dengan adanya alumni yang mampu membangkitkan semangat dan inspirasi untuk terus berjuang dan menuntut ilmu walaupun dalam keadaan serba mencabar ketika ini. Pemulihan semangat melalui kaedah ini bersesuaian kerana pelajar perlu didedahkan dengan kejayaan, semangat dan kekuatan mental serta  fizikal.

Pengukuhan dalam membantu pihak sekolah dan institusi mengumpul dana memerlukan sokongan dan dukungan yang kuat daripada alumni. Kejayaan mereka membantu dengan menyumbang dana agar kelangsungan pelajar meneruskan pengajian dalam bentuk wang tunai atau peranti amat diperlukan.

Peranan alumni tidak terhad kepada hal ehwal sahaja tetapi lebih penting mampu memberi nilai tambah kepada pembangunan sahsiah dan modal insan pelajar, sekolah, institusi dan masyarakat.Semoga generasi yang hilang ini dapat dilenyapkan dengan peranan berkesan para alumni.

DR. MUHAMMAD AZWAN SULAIMAN & MOHD. NORLIZAIRI RAMLY, Pertubuhan Alumni MRSM YT Besut (ALPM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya