Pempengaruh media sosial jangan langgar budaya - Utusan Malaysia

Pempengaruh media sosial jangan langgar budaya

APLIKASI seperti TikTok perlu digunakan bagi menghasilkan video yang tidak memberi kesan negatif kepada masyarakat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TEKNOLOGI komunikasi yang bergerak dengan amat pantas seiring peredaran zaman menyebabkan wujudnya pelbagai variasi platform media sosial diguna pakai oleh masyarakat atas tujuan dan sebab berbeza-beza.

Kemunculan platform sedemikian seperti YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok telah mewujudkan golongan yang digelar sebagai pembikin kandungan (content creator) atau pempengaruh media sosial (social media influencer) yang memuat naik kandungan seperti tutorial, resipi masakan, solekan dan drama pendek.

Rentetan itu, individu terbabit meraih ratusan ribu malah jutaan pengikut dalam media sosial masing-masing sekali gus dilihat dapat memberikan impak kepada masyarakat.

Kendatipun, ia bukanlah satu tiket bagi mereka untuk menyalahgunakan populariti yang diraih serta memberikan kesan ketara tidak baik kepada masyarakat.

Jika dilihat kini, ada dalam kalangan pembikin kandungan cuba menarik lebih banyak pengikut dengan memuat naik video yang kurang enak dipaparkan kepada umum.

Perkara sebegini juga dilihat sebagai satu kaedah pemasaran bagi sebahagian mereka untuk mempromosikan bisnes mahupun ingin terus kekal relevan disebabkan persaingan yang terlalu ramai.

Akhirnya, ada dalam kalangan mereka mengambil jalan pintas dengan memuat naik video tidak sejajar adat dan budaya kita sebagai rakyat Malaysia yang dianggap bersopan santun dalam menjaga tingkah laku.

Penggunaan kata dan video bakal dimuat naik seharusnya ditapis dan disaring mereka terlebih dahulu bagi mengekang sebarang kontroversi serta sensitiviti kaum dan agama yang boleh berlaku.

Namun, terdapat juga ramai pempengaruh media sosial yang sering memberikan input-input positif kepada masyarakat dan seharusnya diberikan pujian kepada mereka.

Akhir kata, media sosial adalah satu platform yang dapat memberikan kita seribu satu kebaikan jika masyarakat mempunyai literasi tinggi dalam menggunakannya ke arah perkara positif.

DR. NAZRA ALIFF NAZRI, Pensyarah Pusat Sains Liberal, Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya