SAUDARA PENGARANG,
MAJIKAN harus menyediakan kelengkapan perlindungan diri yang mencukupi untuk pekerja bagi mencegah jangkitan pandemik Covid-19.
Saranan ini merujuk kepada pekerja kontrak perkhidmatan sokongan di bangunan kerajaan seperti kawalan keselamatan dan kebersihan di sekolah serta hospital, demi menjaga kesejahteraan pekerja.
Majikan yang gagal mematuhi perkara itu dan peruntukan lain dalam Akta Kerja 1955 harus dikenakan penalti dan disenaraihitamkan daripada memperoleh tender kerajaan pada masa depan.
Terlalu banyak syarikat yang melanggar undang-undang, malah menindas pekerja dengan tidak membayar mengikut kadar gaji minimum, tiada cuti tahunan dan cuti sakit tetapi mendapat tender berulang kali serta dapat terus beroperasi tanpa dikenakan sebarang tindakan.
JARINGAN PEKERJA KONTRAK KERAJAAN (JPKK), Petaling Jaya.