Keluar dari kejumudan, jangan berkepala batu - Utusan Malaysia

Keluar dari kejumudan, jangan berkepala batu

IDRIS AHMAD - Facebook
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NAIB Presiden Pas, Idris Ahmad dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang baharu menggantikan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Berikut adalah nasihat saya untuk beliau. Pertama, kita tidak boleh ‘berkepala batu’ berasa kita yang paling betul kerana sikap itu akan menutup kita daripada kebenaran lain yang ada di luar.

Kedua, bersikap rasional (pemerdekaan akal) itu sangat penting kerana dengannya kita dapat mengukur batas-batas antara normatif (berasaskan peraturan standard) dan sejarah daripada ajaran agama.

Ketiga, keluarlah dari kejumudan. Sinergikan antara otak dan hati, antara akal dan kepercayaan sehingga Islam benar-benar menjadi satu pertolongan, tempat pernaungan, satu jalan keluar sebagai teologi pembebasan dan bukan satu penjara.

Keempat, jadikanlah kritik itu bernuansa konstruktif, bukan kebencian.

MOHD. SHAUKI ABD. MAJID, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya