SAUDARA PENGARANG,
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini menyebut, pandemik Covid-19 akan bertukar menjadi endemik di Malaysia pada akhir Oktober ini.
Sebelum ini, kita asyik mendengar istilah pandemik dan kini endemik pula. Sebenarnya semua istilah penyakit berjangkit ini membawa erti yang berbeza dan kurang difahami termasuk oleh pakar perubatan sendiri.
Menggunakan istilah salah ketika percakapan harian mungkin tiada masalah tetapi memahami maksud istilah dengan tepat akan memudahkan seseorang memberi respons dalam menjaga kesihatan diri masing-masing dan ketika berurusan dengan orang lain.
Pertama, epidemik adalah penyakit yang menyerang sebilangan besar orang dalam komuniti, populasi atau wilayah.
Epidemik sering dilokalisasikan ke suatu wilayah, tetapi jumlah mereka yang dijangkiti di wilayah itu jauh lebih tinggi daripada biasa. Sebagai contoh, ketika Covid-19 terhad di Wuhan, China, itu adalah epidemik.
Wabak epidemik merebak secara aktif. Kes baharu penyakit ini jauh melebihi jangkaan. Secara lebih luas, ia digunakan untuk menggambarkan masalah yang tidak terkawal.
Kedua, pandemik adalah wabak yang tersebar di pelbagai negara atau benua.
Cara mudah untuk mengetahui perbezaan antara epidemik dan pandemik adalah dengan mengingat huruf P dalam pandemik, yang bererti pandemik memiliki pasport.
Pandemik adalah wabak epidemik yang menular di seluruh dunia.
Ketiga, endemik adalah sesuatu wabak yang dijangkiti oleh orang atau negara tertentu. Ia merujuk kehadiran berterusan penyakit di lokasi tertentu.
Malaria adalah endemik di bahagian tertentu benua Afrika. Bongkah ais adalah endemik di Antartika.
Melangkah selangkah lebih jauh, endemik dapat menyebabkan letusan wabak seperti wabak demam denggi musim panas lalu di Hawaii.
AZIZI AHMAD, Segambut Luar, Kuala Lumpur.