Hargailah perjuangan sebelum merdeka - Utusan Malaysia

Hargailah perjuangan sebelum merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

LAUNGAN keramat, ‘merdeka’ oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Al-Haj bergema di segenap penjuru Padang Kelab Selangor, lebih 64 tahun lalu. Dan pada 31 Ogos setiap tahun, kata-kata itu sekali lagi dilaungkan.

Namun, pada 2020 dan 2021, kemeriahan dan sambutan kemerdekaan negara kurang ceria berikutan pandemik Covid-19 yang bukan sahaja melanda Malaysia malah seluruh dunia.

Walaupun begitu, kibaran Jalur Gemilang dan kemeriahan mengingati tarikh keramat ini tetap diraikan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti digariskan oleh kerajaan.

Untuk makluman, Universiti Utara Malaysia (UUM) juga antara kawasan hitam disebabkan menjadi sarang pengganas komunis, namun daerah Sintok ini berubah wajah menjadi lembah ilmu yang telah melahirkan lebih 146,810 graduan sehingga kini.

Ternyata, UUM menjadi lambang kejayaan perjuangan menghapuskan komunis dan tonggak pembangunan ekonomi serta sosial di utara Semenanjung.

Penubuhan universiti keenam di negara ini adalah hasil ilham bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu ketika itu, berikutan meningkatnya permintaan terhadap pengajian tinggi dan kurangnya tempat di lima universiti tempatan sedia ada.

Pada 16 Februari 1984, UUM ditubuhkan secara rasmi di bawah Perintah (Perbadanan) UUM dan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dilantik sebagai Canselor pertamanya.

Matlamat penubuhan kampus ini ialah untuk mengembang dan memajukan pendidikan pengurusan yang tertumpu kepada bidang pengurusan, perakaunan, ekonomi, teknologi maklumat, pentadbiran awam, pengurusan sumber manusia, keusahawanan kewangan dan perbankan.

Sempena ulang tahun kemerdekaan ke-64 ini, semoga sejarah hitam di Sintok akan diingati dan dihargai generasi muda.

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN, Sarjana Muda Kewangan UUM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya