Harapan rakyat pada Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Harapan rakyat pada Ismail Sabri

RAKYAT kini meletakkan harapan kepada Ismail Sabri dalam memastikan Malaysia terus maju, bersih dan adil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini, ramai menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Barisan Nasional (BN) yang mentadbir negara sejak selepas merdeka lagi. Apa sahaja yang dilakukan BN dilihat serba-serbi salah.

Kemudian pada 2018, selepas BN tumbang kepada Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), juga kedengaran luahan rasa yang tidak memihak kepada PH. Ramai orang Melayu termasuk yang menyokong kerajaan ketika itu mula risau terutama apabila banyak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera ‘diragut’ satu per satu oleh PH. Namun, ramai orang muda menyokong PH kerana dilihat lebih liberal dan terbuka.

Kemuncak orang Melayu hilang sabar dengan PH apabila insiden yang menimpa anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang tidak mendapat pembelaan sehingga hari ini. Malah ketika itu, bekas Peguam Negara,Tan Sri Tommy Thomas gagal menjalankan tanggungjawab dengan adil.

Disebabkan kegagalan PH ketika itu dan rasa tidak senang sebahagian pemimpin politik negara, akhirnya menyaksikan peralihan kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN) melalui ‘Langkah Sheraton.’

Bagi saya, PN sudah cukup sempurna kerana memperjuangkan Melayu-Islam, bahkan mengambil alih ketika pandemik Covid-19 menular dan ketika ekonomi negara rapuh. Ya, mereka tidak sempurna tetapi sudah melakukan yang terbaik. Akhirnya, disebabkan gila kuasa oleh sesetengah pihak menyebabkan PN turut tersungkur selepas 17 bulan mentadbir negara.

Kini, Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Kami mengharapkan yang terbaik. Letakkan keutamaan rakyat di setiap langkah yang diambil. Saya percaya figura ini mampu mengubah kestabilan politik dan ekonomi negara.

Semoga Malaysia kembali pulih daripada Covid-19 dan rakyat dapat menikmati hidup seperti dahulu.

AMRY KHALID, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya