SAUDARA PENGARANG,
SAYA berharap sangat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) membina bonggol jalan di Jalan Perdagangan, Taman Universiti, Johor Bahru.
Banyak kes kemalangan melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa berlaku di laluan berkenaan.
Ini kerana laluan terbabit sibuk dan banyak kenderaan keluar masuk simpang secara sesuka hati.
Berkali-kali saya melihat kemalangan berlaku di situ dan ada yang meninggal dunia dengan mayat terbaring di atas jalan raya. Macam mana perasaan ahli keluarga mangsa?
Saya prihatin nasib penduduk. Mohon MBIP membina bonggol jalan di kawasan itu secepat mungkin. Tolonglah!
UTOPIAJB, Johor Bahru.