Elok wakil rakyat Pas tidak sertai kerajaan - Utusan Malaysia

Elok wakil rakyat Pas tidak sertai kerajaan

PAS adalah parti yang mengambil berat mengenai isu penggunaan dana awam. – UTUSAN/ ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUHU politik negara sehingga kini masih belum lagi reda meskipun Perdana Menteri yang baharu telah pun dilantik.

Mencuri tumpuan pastinya menteri dan timbalan menteri yang menggalas portfolio hal ehwal agama yang bertanggungjawab terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Terdahulu, sepanjang 17 bulan tiada sebarang anjakan baharu yang dilaksanakan oleh menteri bagi memartabatkan Islam malah gagal untuk membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau lebih dikenali sebagai RUU 355 di Parlimen.

Selain itu, banyak pihak termasuk rakyat di luar sana mempersoalkan segala pesan keagamaan yang menjadi basahan lidah serta laungan Muafakat Nasional kini hilang entah ke mana.

Ironinya, Pas sebuah parti yang berpegang teguh dengan prinsip serta mengambil berat mengenai isu penggunaan dana awam.

Persoalan lain pula, rakyat ingin tahu reaksi pemimpin tertinggi Pas yang kini menjadi sebahagian daripada kerajaan terhadap prinsip dan amalan tadbir urus tidak baik serta berlaku salah guna kuasa?

Bagaimanakah pula penerimaan serta pendirian menteri atau wakil rakyat Pas terhadap pemimpin korup yang mencuri wang rakyat?

Pertanyaan di atas bertujuan mengingatkan semua pemimpin Pas terutama yang dilantik menjadi menteri agama.

Menteri agama sudah semestinya akan dihujani serangan ratusan ‘peluru’ dalam media sosial yang sepatutnya tidak boleh lagi untuk mengelak dengan memberikan seribu satu alasan.

Bukankah lebih baik pemimpin Pas berjiwa besar dengan mengambil sikap berkecuali serta menanti dengan penuh sabar sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)?

MOHD. FAUZIE, Seberang Perai Utara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya