Dulu dalil, sekarang dalih - Utusan Malaysia

Dulu dalil, sekarang dalih

TAKIYUDDIN, Tuan Ibrahim dan Idris adalah pemimpin Pas yang kini menjawat jawatan menteri dalam kerajaan Pusat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MUTAKHIR ini, ada sahaja isu panas ditujukan kepada pemimpin tertinggi Pas termasuk yang dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri.

Sebanyak tiga wakil Pas iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan,  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Idris Ahmad dalam Kabinet baharu.

Mengenai isu kebenaran dan penambahan lesen judi yang kini terus menjadi perbualan masyarakat umat Islam di luar sana, tentunya tertanya-tanya di manakah peranan Presiden Pas dan menteri Pas? Selama ini tidakkah berani hendak bersuara menyatakan bantahan ataupun menasihati umarak sesuai dengan peranan sebuah parti yang mendukungi kepimpinan ulama dan telah berada di dalam komposisi kerajaan Pusat?

Secara peribadi, usah lagi memberi dalih dan meletakkan kesalahan di bahu pemimpin UMNO sahaja kerana terdahulu Pas ketika sebelum menjadi kerajaan bukan main lagi berapi-api mendesak di Parlimen supaya lesen perjudian ditarik balik serta diharamkan terus.

Justeru, rakyat serta masyarakat Islam di luar sana amat berharap agar pemimpin Pas janganlah mengeluarkan alasan atau jawapan seperti budak-budak kerana sebarang serta apa jua maklumat pada hari ini boleh diakses sepantas kilat hanya di hujung jari.

Kini apa sudah jadi? Dahulu dalil, sekarang dalih?

CUCU TOK JANGGUT, Bayan Mutiara, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya