Cintai negara melalui akhbar - Utusan Malaysia

Cintai negara melalui akhbar

KERATAN akhbar Utusan Malaysia, 23 Ogos 2021
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA merupakan pembaca setia Utusan Malaysia sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Alhamdulillah, akhbar yang membawa suara Melayu ini akhirnya bangkit semula pada Julai tahun lalu. Walaupun di bawah pengurusan baharu, saya masih dapat melihat perjuangan dan semangat akhbar ini masih sama.

Saya tertarik dengan artikel bertajuk Diserang hendap menjelang raya yang disiarkan pada 23 Ogos lalu. Artikel seperti ini mampu mengubah persepsi anak muda terhadap perjuangan anggota keselamatan negara sebelum merdeka, sekali gus menyemarakkan rasa cinta kepada negara.

Jika dilihat, ramai anak muda hari ini gagal menyemai rasa cinta kepada negara dengan melakukan pelbagai perkara yang mengguris hati dan perasaan pejuang tanah air. Sikap protes dengan membakar bendera, memperlekeh kerajaan dan menghina Yang di-Pertuan Agong jelas menunjukkan mereka terpedaya dengan agenda liberal yang cuba dibawa oleh segelintir ahli politik.

Malah, tindakan kurang bijak anak muda itu dilihat kerana gagal memahami sejarah negara. Justeru, mereka yang tiada jati diri dan semangat kenegaraan mudah tertipu dalam menuntut hak sebagai rakyat, sedangkan ia untuk manfaat ahli politik yang cuba mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang liberal.

Artikel tersebut dilihat sebagai salah satu cara untuk anak muda mengenali dengan lebih dekat sejarah negara dan pengorbanan wira tidak didendang dalam melawan komunis sehingga negara mencapai kemerdekaan.

MAZLEE JAAFAR, Shah Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya