Berat nak beralih ke akhbar bukan Utusan Malaysia - Utusan Malaysia

Berat nak beralih ke akhbar bukan Utusan Malaysia

AGAK sukar seseorang yang menjadikan Utusan Malaysia sebagai sumber utama berita untuk beralih ke media lain. – UTUSAN/RASUL AZLI SAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA cukup kesal dan sedih apabila membaca laporan mengenai Utusan Malaysia, akhbar yang sekian lama memberi hidangan berita kepada rakyat tanpa mengira kaum, tidak diundang untuk membuat liputan sidang Dewan Rakyat di Parlimen bermula Isnin lalu.

Inilah kali pertama Utusan Malaysia tidak tersenarai sebagai media yang dibenarkan membuat liputan berkenaan. Hanya 71 wakil daripada 12 syarikat media dan empat penyiar rasmi termasuk dua portal berita diberi kebenaran membuat liputan.

Bagaimanapun, setelah ditegur beberapa pihak, akhirnya akhbar ini dibenarkan membuat liputan.

Sebagai pembaca tetap akhbar ini, saya hairan kenapa perkara itu berlaku kerana setahu saya, Utusan Malaysia membuat liputan berita yang benar dan telus untuk tatapan rakyat.

Jika tidak diundang, bagaimana akhbar ini hendak mendapat sumber bahan berita secara langsung dari dalam dewan persidangan untuk dihidangkan kepada pembaca?

Bayangkan, Utusan Malaysia yang bukan sahaja ada edisi cetak tetapi juga edisi digital dengan paparan halaman dilihat lebih 30 juta kali setiap bulan serta jutaan pengikut di media sosial, sudah pasti berapa ramai rakyat Malaysia akan ‘kehilangan sumber maklumat’ dari Parlimen nanti?

Mungkin ada orang akan berkata, mereka yang selama ini mendapat maklumat berita daripada Utusan Malaysia boleh tukar saluran maklumat ke media lain, itu merupakan hujah yang longgar.

Bagi seseorang yang menjadikan akhbar ini sebagai sumber utama berita dalam hidupnya, agak berat untuk beralih ke media lain.

Syabas kepada pengurusan Parlimen kerana akhirnya mengubah keputusan mereka. Ini membuktikan mereka peka kepada suara rakyat.

Jangan sampai ditegur oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru hendak membuat perubahan.

RAMLI ISMAIL, Kangar, Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya