Belia terjejas teruk akibat Covid-19 perlu berubah - Utusan Malaysia

Belia terjejas teruk akibat Covid-19 perlu berubah

BELIA harus bersedia dengan cara hidup baharu yang memberi penekanan integrasi kecerdasan buatan (AI) termasuk robot dengan manusia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DAPATAN kajian Khazanah Research Institute yang dibentangkan dalam kertas kerja bertajuk Cabaran dan Strategi Pasca Pandemik Untuk Belia pada 13 April 2020 menunjukkan trend yang mencemaskan berkaitan kesan Covid-19 terhadap ekonomi golongan belia.

Kebanyakan ahli ekonomi meramalkan kesan Covid-19 adalah lebih buruk berbanding krisis kewangan global pada 2009 dan krisis kewangan Asia pada 1998.

Sebagai perbandingan, kadar pengangguran di negara ini ketika kedua-dua krisis tersebut ialah 3.7 dan 3.2 peratus.

Kadar pengangguran belia juga meningkat pada kedua-dua krisis tersebut iaitu 11.9 peratus pada 2009 berbanding 10.9 peratus tahun sebelumnya dan 8.7 peratus (1998) serta tujuh peratus (1997).

Kadar pengangguran belia dijangka menunjukkan trend meningkat sepanjang pandemik Covid-19.

Laporan Bank Dunia 2020 mengisyaratkan pandemik ini sebagai ujian dan cabaran sebenar daya tahan dan kemandirian (dapat berdiri sendiri) golongan belia.

Cabaran dari segi ekonomi, pekerjaan, kesihatan mental, pendidikan serta jurang digital dan teknologi adalah antara beberapa contoh yang perlu ditangani dengan e­fisien dan strategik.

Pandemik Covid-19 menuntut suatu perubahan budaya ­ kir dan cara kerja golongan belia.

Penekanan khusus kepada agenda pendigitalan dan pendekatan dipacu data raya dapat mempersiapkan belia untuk menghadapi Masyarakat 5.0.

Masyarakat 5.0 yang mula dicetuskan di Jepun merujuk kepada masyarakat pintar yang memberi penekanan integrasi kecerdasan buatan (AI) termasuk robot dengan manusia.

Kita seharusnya sedar dunia sedang berada di persimpangan sejarah besar akibat kesan buruk pandemik ini.

Banyak yang dilaporkan dalam media kesan emosi dan ­ fizikal terhadap negara dan masyarakat yang terkena tempiasnya.

Syarikat raksasa gulung tikar, konglomerat gergasi rebah, jutaan manusia hilang mata pencarian dan pelbagai lagi.

Justeru, menghadapi gelora ketidaktentuan masa depan global ini, haruslah kita menyediakan panduan yang dapat dijadikan pedoman sepanjang hayat untuk ditanamkan dalam hati para belia.

Belia harus melatih diri untuk sentiasa dengan sikap kesegeraan bagi beradaptasi dengan persekitaran yang cepat berubah dan kompetitif.

Sentiasa meningkatkan kemahiran sedia ada dan mempelajari kemahiran baharu agar relevan dengan tuntutan semasa.

Pada masa ini, negara sedang berada pada tahap kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi.

Pada tahap ini, strategi pemulihan ekonomi ditumpukan kepada usaha untuk merancak dan melonjakkan semula aktiviti ekonomi.

Belia yang memiliki kepekaan intelektual, idea dan inovasi akan sentiasa dapat menyambar peluang yang diberikan untuk menerobos ruang ekonomi baharu yang bergerak laju.

Perkembangan teknologi digital mensyaratkan belia perlu menambah satu lagi kemahiran asas iaitu literasi digital.

Siapa sangka keperluan harian seperti jual beli, pembelajaran, mesyuarat, konvensyen dan seminar telah diadaptasi secara maya dengan serta-merta.

MUHAMAD HANAPI JAMALUDIN, Felow Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya