10 tip jimat elektrik - Utusan Malaysia

10 tip jimat elektrik

PENGGUNAAN elektrik yang efisien dapat membantu mengurangkan pembayaran bil elektrik pada setiap bulan.-GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEBANYAKAN daripada kita masih lagi bekerja dari rumah. Begitu juga proses sesi  pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) yang masih lagi diteruskan.

Oleh itu, saya percaya dalam tempoh beberapa bulan ini pastinya bil elektrik meningkat naik. Justeru, saya sarankan 10 tip untuk menjimatkan elektrik sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan isi rumah.

1.Padam semua lampu bilik atau ruang sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur ditutup.

2.Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mod standby.

3.Sebaik-baiknya guna kipas angin dan elak penggunaan penyaman udara. Gunakan penyaman udara jika cuaca terlalu panas.

4.Guna satu mentol lampu besar jika memerlukan lebih pencahayaan berbanding mentol bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.

5.Didik ahli keluarga menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan bilik atau ruang.

6.Pasang lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut perayaan atau mengadakan  majlis atau kenduri.

7.Elak guna mesin basuh melebihi muatan  atau muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian kurang bersih, ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik berlebihan.

8.Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.

9.Rajin bersihkan habuk atau debu yang terdapat di coil peti sejuk.

10.Peti sejuk beku yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi, sekiranya  peti kosong, isikan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

BULBIR SINGH, Bekas President Persatuan Pengguna Negeri Sembilan 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya