Zakat RM500 kepada pekerja hilang pendapatan - Utusan Malaysia

Zakat RM500 kepada pekerja hilang pendapatan

PENUTUPAN perniagaan sepanjang pandemik Covid-19 telah menyebabkan ramai dibuang kerja. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020, ramai hilang pekerjaan. 

Menurut rekod Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), seramai 99,696 orang diberhentikan kerja bermula Januari sehingga 27 November 2020. 

Jumlah penganggur pada Mac lalu pula seramai 753,200 orang. Perangkaan itu tidak banyak berubah sekarang.

Mereka yang hilang pekerjaan sukar mendapatkan pekerjaan baharu disebabkan penutupan sektor ekonomi yang berpanjangan sehingga ada syarikat gulung tikar. 

Penutupan operasi syarikat dan perniagaan menyebabkan ramai dibuang kerja. Tanpa pekerjaan baharu, kehidupan mereka semakin tertekan apabila tidak mampu membayar sewa rumah, bil-bil dan hutang-hutang lain serta menyara ahli keluarga. 

Akhirnya ada dalam kalangan mereka yang terpaksa keluar rumah dan menjadi gelandangan. Mereka bergantung kepada makanan yang diberikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), hidup dalam tertekan dan akhirnya ada yang bertindak membunuh diri. 

Dalam pada itu, pemberian bantuan secara sekali sahaja oleh kerajaan tidak memadai untuk menampung kehidupan mereka sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh. 

Oleh sebab itu, pemberian zakat antara RM300 hingga RM500 sebulan kepada individu yang hilang pekerjaan terutama yang berpendapatan rendah wajar diberikan pertimbangan oleh pusat-pusat zakat di setiap negeri. 

Zakat yang diberi hanyalah bersifat sementara. Hal ini kerana setelah penerima zakat mendapat pekerjaan baharu sama ada sambilan atau tetap, pemberian wang secara bulanan itu perlu dihentikan. 

Untuk bukan Islam, kerajaan perlu menyediakan bantuan bulanan khas antara RM300 hingga RM500 sebulan sehingga mereka mendapat pekerjaan baharu. 

Pada masa sama, kerajaan dengan kerjasama syarikat swasta harus membantu mereka mendapatkan pekerjaan baharu.

ZULFIQAR MOHD. YUSOF, Ayer Molek, Melaka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya