Utamakan rakyat kita, bukan warga asing - Utusan Malaysia

Utamakan rakyat kita, bukan warga asing

KEBERADAAN warga asing sehingga menimbulkan kesesakan di PPV di KLCC menimbulkan persoalan bagaimana golongan itu menerima janji temu sedangkan masih ramai lagi warganegara yang ternanti-nanti tarikh suntikan vaksin Covid-19. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

UTUSAN Malaysia baru-baru ini melaporkan hampir tujuh juta rakyat Malaysia belum mendapat giliran untuk divaksin. Wwalaupun telah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera sejak berbulan lalu tetapi masih tidak mendapat tarikh janji temu. Hairan juga sedangkan kadar vaksinasi Covid-19 harian negara melebihi 500,000 orang setiap hari. 

Apa yang pelik apabila pekerja asing pula mendapat keistimewaan menerima vaksin sebelum seluruh rakyat Malaysia menerima pelali itu.

Pekerja asing menaiki bas ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sehingga menyebabkan kesesakan di sepanjang jalan dan pintu masuk pusat vaksinasi berkenaan.

Benarkah semua pekerja asing ini telah mendapat janji temu secara serentak atau sebenarnya mereka datang secara walk-in? Mohon Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin mendedahkan perkara sebenar.

Jangan biarkan rakyat terus hidup dalam keresahan kerana masih tidak dilindungi vaksin, lebih-lebih lagi apabila varian baharu yang lebih ganas mula menular di negara ini. Keutamaan sepatutnya diberikan kepada warganegara terlebih dahulu.

PEMERHATI, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya