Tutup sektor pembinaan hingga akhir tahun - Utusan Malaysia

Tutup sektor pembinaan hingga akhir tahun

SEKTOR pembinaan menggunakan oksigen tulen untuk aktiviti kimpalan dan pemotongan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DI Malaysia, ramai meninggal dunia kerana kekurangan oksigen di hospital kerajaan. 

Sementara itu, sektor pembinaan terus menggunakan oksigen tulen untuk aktiviti kimpalan dan pemotongan. Penggunaan oksigen dalam sektor pembinaan tidak wajar ketika banyak rakyat meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.

Pembinaan hartanah mewah, lebuh raya dan pusat beli-belah boleh ditunda kerana nyawa manusia lebih bernilai daripada keuntungan syarikat pembinaan. 

Kerajaan Persekutuan perlu menutup semua sektor pembinaan sehingga akhir tahun ini untuk mengelakkan berlaku kekurangan bekalan oksigen di hospital.

Modus operandi pembekalan tangki oksigen untuk sektor kesihatan adalah hampir sama dengan bekalan gas memasak di rumah. 

Tangki oksigen akan dipungut untuk diisi semula sebelum dihantar ke hospital. Tangki oksigen gred pembinaan boleh terus digunakan untuk sektor kesihatan dengan cara membersihkannya daripada segala kekotoran terlebih dahulu. Proses ini dapat dilakukan dalam masa beberapa jam dengan peralatan yang tepat.

Namun, bekalan oksigen tulen kepada perkhidmatan kecemasan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia tidak harus diganggu kerana ia digunakan untuk pemotongan besi bagi menyelamatkan nyawa manusia.

SHARAN RAJ, Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya