Risau wujud kluster budak sekolah - Utusan Malaysia

Risau wujud kluster budak sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, 

SEPERTI mana ibu bapa dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bimbang apabila Kementerian Pendidikan mengumumkan akan membuka semula sesi persekolahan pada Oktober nanti secara berperingkat, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) juga berpendirian sama.

Ibu bapa jelas masih gusar dengan perkembangan semasa di mana kes jangkitan harian Covid-19 masih tinggi, masih mencecah lima angka melebihi 20,000.

Murid-murid sekolah kemungkinan sukar dikawal kerana ramai yang masih belum faham sepenuhnya apa yang sedang berlaku pada negara. Ditambah naluri kanak-kanak yang cepat bosan dan ingin bermain bersama kawan-kawan, selalunya tidak dapat disekat dan dikawal.

Dikhuatiri murid-murid ini akan mencetuskan satu kluster baharu dengan wujudnya varian virus baharu Delta yang lebih bahaya dan mudah merebak kerana jangkitan boleh berlaku melalui udara.

Suatu pendekatan baharu pelu dicari untuk membolehkan murid-murid meneruskan pembelajaran mereka di rumah. Memang sudah ada siaran televisyen yang khusus kepada pendidikan, iaitu DidikTV, namun ia tidak begitu berkesan.

Sehubungan itu, Pejuang mencadangkan suatu perubahan teknik pembelajaran inovatif melalui televisyen kerana tidak semua rumah mempunyai akses internet yang baik.

AZMAN MOHD. HASHIM, Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya