Rakyat mahu pemimpin matang, amanah - Utusan Malaysia

Rakyat mahu pemimpin matang, amanah

SAMPAI masanya rakyat memilih barisan pemimpin yang mampu mengubah landskap politik ke arah demokrasi yang adil.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERDASARKAN perkembangan politik terbaru, kita mesti  berganjak daripada stigma yang menjadi polemik sehingga tercetusnya krisis Perlembagaan di Parlimen. Penangguhan sidang Dewan Rakyat bermula 29 Julai lalu dan dilanjutkan ke satu tarikh lain dipercayai selepas mengesan beberapa kes penularan Covid-19. Namun, turut terdengar dakwaan mengatakan ia semata-mata permainan politik negara.

Parlimen yang menjadi simbol demokrasi sebaliknya dikunci dan ditutup rapat-rapat tetapi para menteri pula bebas sebebasnya keluar masuk tanpa ada sebarang sekatan.

Melalui gambaran tersebut, jelas wujudnya kefahaman dan menjadi falsafah serta dijadikan doktrin bahawa politik negara semakin tenat sehingga sanggup derhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong demi untuk kekal berkuasa. 

Melihat pada landskap politik ini, nampak jelas falsafah politik demokrasi daripada rakyat untuk rakyat ditinggalkan dengan begitu jauh sekali.

Sewajarnya, dalam merubah dan mereformasikan politik memerlukan ahli politik yang berprinsip dan amanah dalam melaksanakan idea dan pendekatan baharu untuk memacu ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat. Inilah yang dinamakan politik luhur, namun ia memerlukan jiwa besar dan berlapang dada. 

Untuk ke arah itu, negara memerlukan barisan pemimpin yang matang dan sanggup mengetepikan sentimen kepartian atau perkauman. Apa yang kita kesalkan, sikap para penyokong parti-parti politik dilihat pasif, sangat kering dengan nilai-nilai moral dan ketaksuban keterlaluan yang melampau.

MUZAKKIR IBADURRAHMAN, Pulau Pinang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya