SAUDARA PENGARANG,
PADA pendapat dan pandangan saya,tidak wajar sama sekali mana-mana pemimpin yang mempunyai sejarah dipenjara dan juga kes mahkamah dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekiranya dilantik juga, dikhuatiri akan menjejaskan pandangan orang ramai terhadap negara dan membawa budaya tidak sihat pada masa masa akan datang.
Bukan itu sahaja, peranan dan kewibawaan pemimpin tersebut akan dipertikai memandangkan mereka pernah melakukan kesalahan semasa menjadi menteri suatu ketika dahulu.
Adalah lebih wajar memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa dan memiliki keperibadian yang bersih.
BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.