Pentingnya peranan wanita ketika pandemik - Utusan Malaysia

Pentingnya peranan wanita ketika pandemik

PERANAN dan tanggungjawab wanita semakin berat serta setanding lelaki terutama ketika pandemik Covid-19 mula menular di negara ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PANDEMIK Covid-19 telah menjejaskan kehidupan seharian masyarakat sama ada peniaga, pekerja mahupun pelajar. Sejak penularan wabak itu, kita dapat melihat peranan wanita dalam mencegah virus ini di seluruh dunia.

Antaranya, ramai wanita sebagai barisan hadapan seperti doktor, jururawat, polis mahupun sukarelawan. Ini menunjukan golongan ini mampu melaksanakan peranan yang sama penting dengan lelaki dalam mencegah virus ini daripada terus menular.

Selain itu, mereka juga berperanan menyokong sumber kewangan keluarga. Semasa pandemik, kebanyakan perniagaan tidak berjalan lancar, malah ramai ketua keluarga hilang pekerjaan.

Disebabkan masalah yang dihadapi itu, wanita terutama isteri tidak hanya berdiam diri sebaliknya menceburi bidang perniagaan secara dalam talian. Sedikit sebanyak pendapatan daripada berniaga itu dapat meringankan beban suami.

Sebagai seorang ibu, amatlah penting untuk memberikan suasana yang positif ketika bersama keluarga. Pelbagai aktiviti dirancang  yang boleh dilakukan bersama keluarga di rumah untuk mengurangkan emosi dan tekanan semasa pandemik Covid-19 seperti memasak dan melakukan aktiviti bersukan bersama-sama.

Seluruh keluarga dapat menikmati aktiviti tersebut dan mereka juga tidak akan berasa bosan untuk tinggal di rumah selama pandemik berlaku.

NURHAZMIRA MUHD. ALI, Pelajar tahun satu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya