Pentingnya nilai murni dalam pendidikan - Utusan Malaysia

Pentingnya nilai murni dalam pendidikan

NILAI-NILAI murni dijadikan nilai teras organisasi sejajar dengan keperluan pendidikan negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NILAI murni adalah cerminan kepada falsafah, visi dan misi organisasi. Bagi sektor pendidikan tinggi, tentu sahaja peletakan nilai murni utama itu berkait dengan misi pendidikan.

Dalam mendepani kemelut dunia yang menampakkan kecairan nilai kejujuran seperti isu rasuah yang melemahkan pentadbiran agensi, maka integriti penting dalam memelihara pemikiran dan jiwa daripada terjerumus ke lembah penipuan dan kedustaan. 

Malaysia mempunyai institusi khas iaitu Institut Integriti Malaysia yang melambangkan komitmen negara terhadap pengamalan nilai integriti.

Pandemik Covid-19 sebagai bukti bagaimana sinergi antara kerajaan, persatuan masyarakat, entiti perniagaan dan orang awam diperlukan untuk memerangi wabak ini.

Sementara itu, setiap organisasi juga perlu menekankan set minda lestari yang boleh memberi manfaat dalam jangka waktu lebih lama dan berkekalan. 

Ia memerlukan keupayaan intelektual dalam merencanakan agenda yang mampu mencipta impak signifikan kepada dunia, negara dan komuniti seperti agenda menyediakan air bersih kepada rakyat.

Nilai-nilai murni ini sebagai nilai teras organisasi sejajar dengan keperluan pendidikan negara yang terakam dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat membawa kesejahteraan dan memberi sumbangan kepada kemakmuran negara. 

PROF. DATUK DR AHMAD FAUZI ISMAIL & DR. MUHAMMAD ABD HADI BUNYAMIN, Universiti Teknologi Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya