Pejuang ada ‘jiwa’, bukan sekadar matematik, buah catur - Utusan Malaysia

Pejuang ada ‘jiwa’, bukan sekadar matematik, buah catur

TANGKAP layar analisis dalam Utusan Online pada 4 Ogos lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Merujuk kepada kenyataan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 3 Ogos lalu, fokus parti itu adalah mendahulukan kepentingan rakyat dan penyelesaian masalah kesihatan, ekonomi dan pendidikan yang masih belum terbantut.

Jadi, satu analisis bertajuk Muhyiddin kekal sebagai PM bergabung dengan Pejuang, Warisan? yang disiarkan dalam Utusan Online pada 4 Ogos lalu menyatakan Pejuang akan bergabung dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) serta serpihan UMNO untuk membentuk kerajaan dan mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri adalah jauh menyimpang.

Analisis tersebut dilihat hanyalah berdasarkan kedudukan kerusi-kerusi Parlimen yang dimiliki oleh parti-parti politik. 

Saya jelaskan di sini, Pejuang bukan sahaja sebuah parti yang berprinsip malah mempunyai ‘jiwa’ bukan sekadar matematik atau umpama buah catur.

Jiwa Pejuang ialah perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. Fokus Pejuang ialah memulihkan negara daripada segala kerosakan dan permasaalahan yang sedang berlaku.

Pejuang tidak akan melanggar prinsip hanya kerana untuk memegang kuasa. Insya-Allah, kuasa Pejuang akan datang dari rakyat, bukan mengikut atap, pintu belakang atau tingkap.

AZMAN MOHD. HASHIM, Ahli Majlis Eksekutif Pusat Pejuang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya