SAUDARA PENGARANG,
MENCURI tumpuan rakyat apabila persidangan Parlimen menjadi perdebatan hangat setelah hampir setahun tidak bersidang atas alasan pandemik Covid-19.
Suasana di Dewan Rakyat diharapkan berjalan dengan tenang dalam suasana harmonis, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Sepatutnya ordinan darurat hendaklah diperdebatkan dan hanya boleh ditarik balik selepas undi dilakukan. Lebih malang, tiada sebarang jawapan dan penjelasan secara tuntas oleh kerajaan.
Rakyat mengharapkan bukan sahaja setiap wakil rakyat perlu menghormati hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan tetapi mahu Parlimen menjadi medan supaya prinsip serta keadilan dapat terus ditegakkan manakala keluhuran perlembagaan terus dijunjung serta dipelihara selari dengan amalan demokrasi berparlimen negara.
CICIT TOK JANGGUT, Pulau Pinang.