Lantik semula Tengku Zafrul - Utusan Malaysia

Lantik semula Tengku Zafrul

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAHNIAH kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan. 

Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan pelantikan itu serta mengharapkan negara akan lebih makmur.

Saya bersetuju dengan pandangan situasi negara sedang menghadapi tekanan ekonomi disebabkan penularan Covid-19, maka jumlah jemaah menteri perlu diperkecilkan bagi mengurangkan kos.

Bilangan lebih 30 kementerian perlu dikecilkan kepada 10 kementerian sahaja dan setiap menteri disarankan memegang tiga portfolio dalam satu masa.

Selain dapat menjimatkan wang rakyat, jumlah jemaah menteri yang kecil akan memudahkan Perdana Menteri melakukan pemantauan.

Saya juga ingin mencadangkan bekas Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dipilih semula memandangkan beliau seorang yang berkaliber dan dapat memenuhi cita rasa rakyat.

Ini juga bagi memastikan sesi pembentangan Bajet 2022 di Parlimen yang  tinggal beberapa bulan lagi tidak tertangguh.

Selain Tengku Zafrul yang berusia 48 tahun, kalau boleh lantik menteri-menteri lain yang berumur muda dan pada masa sama berkaliber serta bersemangat untuk memajukan negara tercinta ini.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL, Ampangan, Seremban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya