Institusi diraja berperanan selesai krisis - Utusan Malaysia

Institusi diraja berperanan selesai krisis

SEMUA pihak perlu sedar bahawa raja berperlembagaan adalah manifestasi kepada pembentukan semangat patriotik kebangsaan yang kekal relevan sehingga ke hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM keadaan politik negara yang semakin kompleks serta mendepani pelbagai krisis yang bertubi-tubi akibat pandemik Covid-19 seperti sistem ekonomi yang merudum dan isu kesihatan serta keselamatan, peranan institusi diraja dilihat semakin relevan.

Ia juga sangat signifikan sebagai simbol perpaduan rakyat, pemimpin dan  negara. 

Pakar sejarah, mendiang Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sebelum ini pernah merumuskan, kesultanan Melayu Melaka adalah pengasas sistem politik dan berkerajaan di Tanah Melayu.

Mendiang berpendapat, hakikat itu membuktikan sudah berabad lamanya, institusi diraja menjadi teras kepada sistem pemerintah dan pentadbiran sesebuah kerajaan di negara ini.

Secara dasarnya juga, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menyaksikan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. 

Dalam sistem raja berperlembagaan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan untuk mengukuhkan keabsahan demokrasi di dalam negara dan titah Seri Paduka mestilah dijunjung.

Ia berketepatan dengan Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan yang mengisytiharkan Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Utama Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang dalam Persekutuan. 

Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk semua pihak faham, menghayati dan menghormati peranan dan fungsi Yang di-Pertuan Agong serta raja berperlembagaan ini demi mengelakkan sebarang ancaman dan penghinaan terhadap institusi diraja kita. 

Semua pihak perlu sedar raja berperlembagaan merupakan manifestasi kepada pembentukan semangat patriotik kebangsaan yang kekal relevan sehingga ke hari ini. 

Malaysia sebagai negara berdaulat tidak seharusnya melupakan sejarah dan ketinggian institusi yang menjadi sumber kuasa negara ini. 

Institusi diraja mempunyai nilai dan kepentingannya tersendiri dan bukan hanya lambang adat serta kesinambungan sejarah semata-mata.

SITI SARA IBRAHIM, Pemegang Geran Kursi Raja-Raja Melayu, UiTM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya