Industri seni persembahan ‘malap’ - Utusan Malaysia

Industri seni persembahan ‘malap’

KERAJAAN perlu peka terhadap penggiat seni tari yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MALAYSIA sedang menghadapi frasa pandemik yang agak kritikal. Pelbagai sektor terkesan dengan kewujudan varian baharu yang lebih agresif. Ramai yang terkesan dengan keadaan semasa terutama dari sudut penjanaan pendapatan bagi menampung kestabilan ekonomi semasa. 

Antara yang terkesan adalah industri seni persembahan (tari). Sedia maklum, tari adalah antara penyumbang kepada pemangkin ekonomi  walaupun peratusannya kurang berbanding sektor lain. Kebanyakkan  penggiat seni tari di Malaysia bergerak secara bebas. 

Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta bagi tujuan pembangunan kesenian secara menyeluruh dan sejumlah RM10 juta untuk Agensi Pembangunan Ekonomi Kebudayaan (Cendana) membantu  anak-anak seni persembahan yang terkesan sewaktu pandemik, di samping turut mendapat bantuan daripada organisasi lain. 

Tidak dinafikan, Cendana memperuntuk dan memberikan ruang kepada penggiat seni menampung kehidupan seharian, namun apabila kerajaan menyalurkan di bawah satu agensi lain, ia menyukarkan penggiat seni ekoran perlu berdepan pelbagai proses untuk menerima bantuan dan dana.

Ketika ini, ramai anak seni terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan dan sebagainya bagi meneruskan kehidupan. Kebanyakan bantuan yang disalurkan di bawah agensi ini dalam bentuk makanan dan sebagainya, namun kelangsungan hidup itu juga tertumpu kepada pembayaran bil, sewa studio, sewa rumah dan lain-lain.

Saya berpendapat, kestabilan seni persembahan seolah-olah hidup segan mati tak mahu harus diberi perhatian secara menyeluruh dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga. Saya sedar, program bantuan bakul makanan patut dipuji, namun dari sudut lain, kerajaan atau agensi terlibat perlu melihat dari sudut perkembangan dunia seni tari yang kian pupus sewaktu pandemik. 

Masa depan penggiat seni hampir menemui jalan buntu. Oleh itu, kerajaan perlu melihat untuk memberikan sumbangan khas secara automatik kepada  persatuan kecil ataupun artis bebas tanpa melihat sama ada mereka berdaftar di bawah mana-mana agensi ataupun tidak. Ini kerana, rata-rata artis bebas tidak duduk di bawah payung persatuan atau agensi berdaftar. Perkara lain yang harus kerajaan lihat adalah dari sudut tempat persembahan yang kian malap seperti Damansara Performing Arts Centre (DPAC), Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Revolution Stage dan banyak lagi yang terpaksa menanggung kerugian kerana ruang yang dahulunya digunakan sebagai tempat persembahan kini tidak lagi digunakan. 

MUHAMMAD FAIRUL AZREEN MOHD. ZAHID, Fakulti Filem, Teater & Animasi, UiTM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya