Hati-hati gagasan 'transhuman' yang menolak agama - Utusan Malaysia

Hati-hati gagasan ‘transhuman’ yang menolak agama

GAGASAN transhuman meletakkan sasaran untuk meningkatkan kemampuan fizikal dan mental manusia dengan menggunakan teknologi genetik, nanoteknologi dan robotik. - GAMBAR HIASAN/AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA penduduk di seluruh dunia bergelut melawan pandemik Covid-19 pada tahun lepas, sekumpulan pemikir dan golongan kaya telah berhimpun di persidangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi mengemukakan satu gagasan yang dipanggil transhuman.

Transhuman adalah satu gerakan intelektual yang percaya masyarakat global harus menggunakan teknologi dan inovasi saintifik untuk menambah dan meningkatkan kemampuan manusia – baik fizikal dan mental.

Ia meletakkan sasaran untuk menggabungkan pelbagai jenis teknologi dan inovasi saintifik untuk manfaat manusia yang boleh dikelompokkan kepada tiga bidang utama yang digelar GNR  iaitu genetik, nanoteknologi dan robotik (kecerdasan buatan).

Pandemik yang melanda seluruh dunia, telah membuka peluang untuk teknologi GNR digunakan terhadap manusia secara lebih agresif dan menyeluruh di peringkat global dengan alasan untuk tujuan kecemasan walaupun belum dapat dipastikan akan kesan buruknya.

Walaupun gagasan transhuman dikatakan dapat meningkatkan jangka hayat manusia dan menambah keupayaan setiap individu untuk memperoleh ilmu pengetahuan secara dramatik, terdapat juga pihak yang menentang.

Para penentang tidak bersetuju dengan sikap ekstrem pendukung gagasan itu yang menolak hakikat kewujudan roh dalam tubuh setiap individu sehingga sanggup menyamakan manusia dengan robot dan manusia klon yang tidak mempunyai jiwa.

Pendukung gagasan itu juga menolak penyelesaian bersifat keagamaan dan kerohanian terhadap masalah pandemik yang dihadapi manusia pada peringkat global sekarang.

Oleh itu, pakar kesihatan di Malaysia yang sedang bekerja kuat untuk melawan pandemik Covid-19 perlulah berhati-hati agar tidak terjebak dengan gagasan transhuman yang bertuhankan teknologi dan mesin semata-mata dalam melawan virus berkenaan.

Mungkin sudah sampai masanya kita memperbanyakkan aktiviti bercorak kerohanian selain berdoa dan meletakkan keyakinan bahawa Allah SWT sahaja sandaran kita setelah pelbagai ikhtiar dibuat.

ZULKIFLI MOHAMAD, Rawang, Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya