Fahami beza banduan politik dan orang awam - Utusan Malaysia

Fahami beza banduan politik dan orang awam

KERATAN akhbar 18 Ogos 2020
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA  hemat saya, liku perjalanan yang panjang pernah dilalui seseorang ahli politik sebelum menjadi pemimpin negara  menjadi catatan sejarah.

Contoh paling dekat, bekas Presiden Afrika Selatan (1994-1999), Nelson Mandela dan bekas Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru pernah dipenjarakan sebelum berjaya diangkat menjadi pemimpin nombor satu negara mereka.

Pada tanggapan saya, pandangan oleh Baharuddin Samek pada 18 Ogos lalu melalui ruangan Forum, Utusan Malaysia bertajuk Rakyat mahu pemimpin bersih, berwibawa tidak menampakkan kematangan berfikir. Mungkin boleh jadi apa yang disampaikannya didorong emosional semata-mata.

Selain itu, pandangannya agak terpesong dan kurang tepat malah dia seolah-olah tidak dapat membezakan antara banduan ahli politik dan banduan orang awam. Ini kerana ramai ahli politik yang pernah dipenjarakan disebabkan berlaku konspirasi dan berniat untuk membunuh karier politik seseorang pemimpin.

Apabila dibaca sejarah perjalanan para nabi yang tersirat dalam al-Quran,  maka ternyata dengan terangnya bagaimana mereka memberikan perhatian utama kepada politik yang bersih iaitu melakukan islah atau pembaikan terhadap kepimpinan dan politik negara. Hal ini boleh dirujuk  dalam surah Hud ayat 88.

 

CUCU TOK JANGGUT, Pulau Pinang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya