SAUDARA PENGARANG,
APABILA Allah SWT menurunkan sesuatu wabak seperti Covid-19, ia adalah sebagai peringatan supaya kita bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sesama umat Islam, bukannya bertelagah atau bermusuh sesama sendiri.
Seorang pemimpin mestilah mempunyai perjuangan dan berjiwa besar dalam menghadapi cabaran dan dugaan, selain pada masa sama tidak takut menegakkan kebenaran dalam menangani sebarang kelemahan.
Ingatlah, sesungguhnya sebarang kemenangan atau kejayaan itu juga bersandarkan keredaan Allah SWT.
BAHARUDDIN SAMEK, Muar, Johor.