Covid-19: Belia OKU turut terjejas - Utusan Malaysia

Covid-19: Belia OKU turut terjejas

KETIDAKSAMARATAAN akses kepada kehidupan bermasyarakat menjadikan belia OKU dikategorikan sebagai belia minoriti dan terpinggir. GAMBAR FB PDK TITIWANGSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KRISIS pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi kesan terhadap kesihatan awam, malah turut menjejaskan banyak aspek dalam kehidupan  rakyat. Golongan belia orang kurang upaya (OKU) tidak terkecuali sekali gus menjadikan kumpulan rentan ini semakin terpinggir. 

Jika sebelum ini mereka perlu berhadapan dengan pelbagai halangan yang menyekat penyertaan penuh dan berkesan dalam masyarakat, krisis kesihatan ini menambah kesukaran serta peluang belia OKU untuk menikmati hak sama rata. 

Ada dalam kalangan mereka yang hilang sumber pendapatan, tidak dapat mengakses maklumat berkaitan Covid-19 di media massa arus perdana kerana tidak semuanya menyediakan jurubahasa isyarat manakala belia autisme pula menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan norma baharu kerana khidmat sokongan psikologi yang terhad. Ia boleh mendedahkan mereka kepada isu kesihatan mental seperti tekanan, kerisauan melampau dan kemurungan. 

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kurangnya para profesional yang mempunyai kepakaran dalam mengendalikan isu kesihatan mental bagi belia OKU, selain kurangnya modul komprehensif bagi menangani isu tekanan dan kerisauan melampau dalam kalangan mereka.

Bagi memastikan nasib belia OKU terus terbela, golongan ini perlu menjadi sebahagian daripada inisiatif pemulihan semasa dan pascapandemik Covid-19. Oleh itu, amat perlu untuk belia OKU mempersiapkan diri dengan kemahiran menangani tekanan dan kerisauan melampau dan seterusnya mampu memperkasakan diri bagi membina kehidupan lebih baik.

 

AHMAD SHAMSURI MUHAMAD dan PROF. MADYA DR. RAFIDAH AGA MOHD. JALADIN, Jabatan Psikologi Pendidikan & Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya