Anak muda harapan ubah politik negara - Utusan Malaysia

Anak muda harapan ubah politik negara

KITA bergantung harap kepada anak muda untuk mengubah landskap politik negara agar lebih adil, sekali gus memajukan Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

RAMAI berfikir berada di blok pembangkang bermakna apa yang dilakukan sebagai wakil rakyat itu betul.

Hakikatnya tidak begitu. Hari ini negara mengalami krisis kepimpinan yang teruk. Lihatlah pemimpin daripada kerajaan mahupun pembangkang semuanya hampir sama sahaja.

Kebanyakan anak muda terlibat dalam bidang politik dengan alasan mahu mengubah sistem politik negara. Namun, prinsip tersebut tergadai selepas dibuai dengan sedikit kedudukan dan wang.

Tambahan pula, saya melihat tidak ramai yang benar-benar memahami tugas seorang ahli politik.

Peranan ahli politik adalah menggubal polisi dan undang-undang supaya rakyat dapat hidup dengan lebih baik.

Jika sesuatu polisi itu gagal, maka kesannya akan terlihat  kepada masyarakat.

Ramai juga ahli politik tidak dapat membezakan tugas sebagai ahli majlis dan ahli politik sehingga  sering melakukan publicity stunt dengan menayang gambar membantu rakyat, namun gagal menyelesaikan masalah dalam jangka masa panjang.

Tidaklah saya katakan perkara itu salah, namun mereka sepatutnya lebih fokus pada penggubalan polisi dan undang-undang dan melihat perspektif yang lebih besar untuk mengemudi pentadbiran negara.

Selain itu, segelintir ahli politik mempunyai masalah moral seperti memilih untuk berdiam diri kerana risau dihentam rakan-rakan dalam kalangan parti yang diwakili.

Ini adalah satu budaya buruk yang wajar dihapuskan. Pemimpin perlu menunjukkan contoh moral yang baik kepada masyarakat.

Saya kira untuk terus maju ke hadapan, kita perlu bersikap progresif dan ia perlu bermula daripada ahli-ahli parti yang bercita-cita mahu menjadi wakil rakyat suatu hari nanti. 

Jika tidak, pentadbiran negara akan terus ditindas oleh sistem politik yang tidak adil.

Sebagai anak muda tawarlah diri untuk berkhidmat dan ubahlah landskap politik negara ke arah yang lebih baik. Ia akan menjadi sukar jika kita terjerat dengan permainan senioriti ahli politik negara. 

YUSLAINI AZMI, Ketua Wanita Muda AMK Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya