SK Limau Purut perlukan bangunan baharu - Utusan Malaysia

SK Limau Purut perlukan bangunan baharu

PEMANDANGAN di luar sekolah SK Limau Purut, Kuala Lipis, Pahang. -GAMBAR FACEBOOK SK LIMAU PURUT LIPIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUDAH sampai masanya Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut, Kuala Lipis, Pahang mendapat bangunan sekolah baharu bagi menggantikan bangunan uzur yang dibina sejak 1952.

Sebagai bekas murid, terasa sayu apabila mendengar cerita daripada ibu bapa tentang anak-anak mereka belajar di dalam bilik darjah yang daif. Siling bilik darjah yang sudah dimakan anai-anai menunggu masa untuk runtuh. Bilik darjah berdinding papan yang hanya ada satu pintu dan tidak mengikut saiz yang standard.

 Sedih juga apabila diceritakan, bilik darjah tidak cukup. Murid belajar di makmal komputer yang sudah tiada lagi komputernya. Bagaimanakah murid dapat belajar dengan selesa dalam keadaan sedemikian? 

Ibu bapa juga menceritakan, tiada bilik khas seperti Bilik Pusat Sumber kerana kekurangan bilik darjah. Guru-guru telah membina satu sudut sumber bagi murid-murid mengisi masa lapang dan menambah pengetahuan.

Sekolah ini juga tiada bilik khas yang lain seperti bilik muzik, bilik rawatan kesihatan, bilik kemahiran hidup, bilik pendidikan seni, bilik mesyuarat guru, stor sukan seperti  sekolah-sekolah lain. 

Saya juga terkilan apabila mendapat tahu, guru-guru tiada Bilik Guru. Mereka duduk di bilik yang kecil  yang diubahsuai atas usaha mereka sendiri untuk dijadikan bilik guru.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) perlu turun padang dan peka serta menyelesaikan masalah kekurangan bilik darjah dan kemudahan sekolah ini. Bantulah guru-guru dan murid-murid agar mereka seronok serta bersemangat untuk hadir ke sekolah.

MURID TUA, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN