Hilang tenaga profesional jika tukar bidang pengajian - Utusan Malaysia

Hilang tenaga profesional jika tukar bidang pengajian

JANGAN memperjudikan nasib graduan dengan menempatkan mereka dalam bidang yang tidak berpadanan dengan kelulusan sehingga negara kehilangan tenaga pakar suatu hari nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BERITA mengenai profesional tempatan hilang atau enggan meneruskan kerjaya apabila memasuki alam pekerjaan merupakan kerugian sumber manusia kepada negara di samping pembaziran wang kerajaan untuk membiayai pendidikan sama ada di universiti tempatan atau pun di luar negara.

Antara faktor tidak meneruskan kerjaya profesional adalah kerana laluan sukar untuk diiktiraf sebagai profesional dan gaji diterima tidak setimpal. Maka ada berpandangan, siswazah perlu mencari bidang lain yang hampir sama dengan apa yang dipelajari di universiti agar ilmu yang dipelajari tidak sia-sia.

Apabila golongan profesional beralih arah, maka kerajaan akan kehilangan tenaga penting profesional atau barisan pembuat dasar negara. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada golongan profesional yang berkhidmat dalam pelbagai sektor seperti kedoktoran, kejuruteraan, pendidikan, perundangan, alam sekitar dan sebagainya.

Kerajaan disaran melihat kembali isu ini dan sesuaikan dengan iklim pekerjaan di negara ini di samping membuat perbandingan dengan negara membangun atau maju yang mempunyai bilangan golongan profesional yang ramai. Kita tidak mahu kepakaran dan kemahiran mereka dipersia-siakan dan lebih malang lagi matlamat Dasar Ekonomi Baru ( DEB) untuk merapatkan jurang bilangan profesional bumiputera dengan bukan bumiputera tidak berjaya. 

ABDUL HAMID, Temerloh, Pahang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya