SAUDARA PENGARANG,
SEJAK penularan pandemik Covid-19 di negara ini pada tahun lalu dan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) baru-baru ini, dilihat semakin ramai rakyat berdepan bebanan dalam meneruskan kehidupan.
Ada dalam dalam rakyat yang hilang tempat bergantung akibat kematian ahli keluarga, ada pula yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
Atas keprihatinan, kesedaran dan rasa tanggungjawab menjaga masyarakat majmuk, MY Jet Xpress Airlines Sdn. Bhd. menyalurkan bantuan kepada 200 isi rumah yang terdiri daripada ibu bapa pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang, Selangor yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19 dan PKPD.
Setiap keluarga menerima sumbangan bakul makanan mengandungi 11 jenis makanan asas seperti beras, minyak, kicap, tepung, gula dan garam.
Sumbagan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat sekeliling.
Proses pengagihan bantuan bakul makanan ini dibuat dengan kaedah pandu lalu dalam memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang program.
MY Jet Xpress Airlines Sdn. Bhd. berharap inisiatif Bantuan Bakul Makanan ini dapat membantu meringankan beban rakyat dan golongan yang terkesan dengan pelaksanaan PKPD yang dilaksanakan baru-baru ini. Semoga kita semua dilindungi dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Dalam perkembangan lain, syarikat penerbangan kargo itu bakal melancarkan pesawat kargonya yang kelima pada bulan November nanti yang berupaya menambah frekuensi penerbangan dan pengoperasian terutamanya untuk perjalanan ke China dan India.
MY JET XPRESS AIRLINES SDN. BHD
Petaling Jaya, Selangor