SAUDARA PENGARANG,
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan ekoran peningkatan kes Covid-19, baru-baru ini menyukarkan rakyat untuk berurusan dengan pihak tertentu.
Untuk makluman, saya merupakan penduduk di Tanjung Agas, Tangkak, Johor yang mana boleh dikatakan 100 peratus pelbagai urusan perlu dilakukan di bandar Muar yang jaraknya hanya 1.5 kilometer (km) dari kawasan tempat tinggal.
Ekoran peningkatan kes dan sekatan yang dilaksanakan, kami tidak dibenarkan ke luar daerah sedangkan pasar terletak di Muar, malah urusan membabitkan bank mahupun jabatan kerajaan adalah di Muar.
Kami tidak menyalahkan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mereka hanya menjalan tugas yang diamanahkan. Harap perkara ini mendapat perhatian pihak pemerintah.
WAKIL PENDUDUK TANJUNG AGAS, Tangkak, Johor.